Monday, May 15, 2017

Aktiviti Pelajar2 AKSB - BOWLING

Pada petang Jumaat, 12hb Mei 2017, sebahagian pelajar2 Asrama Kompleks Seri Bintang (AKSB) telah menyertai aktiviti bermain BOWLING. 

Lensa 1

Lensa 2

Aktiviti Ziarah Muzium Di Raja Dan Hiking Bukit Nenas

Para pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang atau AKSB telah mengikuti program Ziarah Muzium Di Raja dan Hiking Bukit Nenas pada hari ini, Ahad 14/5/2017.

Koleksi Foto berikut adalah bukti kegembiraan dan keceriaan mereka dengan aktiviti2 ini. 

Foto 1

Foto 2

Foto 3

Foto 4
 
Foto 6 - aktiviti canopy walk

Foto 7 - aktiviti canopy walk

Foto 8 - aktiviti canopy walk

Foto 9

Foto 10

Syabas & Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti2 ini terutamanya para guru pengiring dan warden AKSB yang telah menjalankan tanggugjawab menjaga pelajar2 AKSB sepanjang waktu aktiviti.

Sunday, May 14, 2017

AGM Biro AKSB 2016/2018

Pada 10hb Mei 2017 yang lalu telah berlansung Mesyuarat Agung Biro Asrama Kompleks Seri Bintang (AKSB). Mesyuarat Agung atau AGM ini adalah untuk kali ke 11.

Mesyuarat telah berlansung di Dewan Makan AKSB dan bermula pada pukul 9:00 pagi. 

Surat Jemputan AGM

Buku Agenda AGM

Skrin Besar
Ucapan Pengetua SMK SBS
Pn Azizah Binti Yahya

Antara Ibu Bapa Yg Hadir

Selfie Admin 

Pembentangan Laporan Aktiviti Biro AKSB
oleh SU, Encik Nurun Amin Bin Mahadi

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sepanjang sesi 2016/2017

  1. Mesyuarat Biro AKSB
  2. Penghargaan PT3 dan SPM
  3. Kebajikan dan Pendidikan
  4. Jamuan Asrama
  5. Program Pasca PT3
  6. Gotong Royong AKSB
  7. Kutipan Sumbangan Biro AKSB

Untuk info, sumbangan ibu bapa untuk Biro AKSB telah ditetapkan sebanyak MYR 30.00 per satu keluarga bagi isi pendapatan rumah kurang 5,000 sebulan dan MYR 50.00 per satu keluarga bagi isi pendapatan rumah melebihi 5,000 sebulan. 

Diharapkan semua ibu bapa pelajar AKSB dapat melunaskan sumbangan ini untuk dana dan tabung Biro AKSB. 

Pembentangan Laporan Kewangan Biro AKSB
oleh Bendahari, Ustaz Bustamam Bin Bohari

Sebanyak empat belas (14) usul yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung kali ini.

Untuk makluman semua ibu bapa pelajar2 AKSB, berikut adalah info AJK Biro Asrama Kompleks Seri Bintang atau singkatannya BAKSB yang telah dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Agung pada 13hb Ogos 2016.

Senarai AJK BAKSB 2016/2018

AJK Biro AKSB 2016/2018 bersama Pentadbir SMK SBU & SMK SBS 1
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Azmi Bin abd Rahim

AJK Biro AKSB 2016/2018 bersama Pentadbir SMK SBU & SMK SBS 2

SEMOGA AKSB AKAN LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG! INSYA ALLAH.

Thursday, May 4, 2017

BIRO AKSB, ICT & SURAU PIBG/KSIB SMK SBU 2017

Secara rasminya, Biro AKSB, ICT & Surau PIBG/KSIB SMK Seri Bintang Utara telah ditubuhkan pada hari Ahad, 16hb April 2017, di Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU yang telah diadakan di Skylite.

Banner
Dengan kerjasama PIBG SMK SBU, Biro Kokurikulum & Sosial telah berjaya menganjurkan Majlis Ramah Mesra ini. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk merapatkan hubungan di kalangan ibu bapa dan penjaga murid SMK SBU di samping merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2017 untuk membantu pihak sekolah dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan pembangunan sekolah serta keceriaan sekolah. 

Aturcara

Biro AKSB, ICT & Surau ini diketuai oleh Encik Abdullah b Md Yunos dan merupakan salah satu biro di bawah PIBG & KISB / PIBK. Biro-biro lain adalah Biro Akademik & Sahsiah, Biro Kokurikulum & Sosial, Biro Penyelenggaraan dan Peralatan, Biro 3K & HEM dan Biro Ekonomi & Kebajikan. 

Enam (6) Biro KSIB/PIBG SMK SBU

Meja Biro AKSB, ICT & Surau

Ahli2 Biro AKSB, ICT & Surau

Semoga Biro AKSB, ICT & Surau dapat bersama dalam program2 asrama, memastikan penyelenggaraan ICT yang baik dan mengimarahkan aktiviti2 surau asrama.   .