Thursday, May 4, 2017

BIRO AKSB, ICT & SURAU PIBG/KSIB SMK SBU 2017

Secara rasminya, Biro AKSB, ICT & Surau PIBG/KSIB SMK Seri Bintang Utara telah ditubuhkan pada hari Ahad, 16hb April 2017, di Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU yang telah diadakan di Skylite.

Banner
Dengan kerjasama PIBG SMK SBU, Biro Kokurikulum & Sosial telah berjaya menganjurkan Majlis Ramah Mesra ini. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk merapatkan hubungan di kalangan ibu bapa dan penjaga murid SMK SBU di samping merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2017 untuk membantu pihak sekolah dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan pembangunan sekolah serta keceriaan sekolah. 

Aturcara

Biro AKSB, ICT & Surau ini diketuai oleh Encik Abdullah b Md Yunos dan merupakan salah satu biro di bawah PIBG & KISB / PIBK. Biro-biro lain adalah Biro Akademik & Sahsiah, Biro Kokurikulum & Sosial, Biro Penyelenggaraan dan Peralatan, Biro 3K & HEM dan Biro Ekonomi & Kebajikan. 

Enam (6) Biro KSIB/PIBG SMK SBU

Meja Biro AKSB, ICT & Surau

Ahli2 Biro AKSB, ICT & Surau

Semoga Biro AKSB, ICT & Surau dapat bersama dalam program2 asrama, memastikan penyelenggaraan ICT yang baik dan mengimarahkan aktiviti2 surau asrama.   .

No comments:

Post a Comment